Rupanya Baru Terbongkar Kenapa Atase Tentera Malaysia Ini Membuka Seluar

Mahkamah New Zealand diberitahu bekas atase tentera Malaysia, Muhammad Rizalman Ismail, 39 begitu percaya dengan ilmu hitam, termasuk jampi yang kononnya jika dia berak di luar rumah seseorang wanita, individu itu akan jatuh cinta kepadanya.



Perkara itu dimaklumkan ketika pendakwa raya Grant Burston mula menyoal Rizalman dan mempertikaikan beberapa fakta kes di Mahkamah Tinggi di Wellington, hari ini.

Rizalman menukar pengakuannya pada pagi perbicaraannya Isnin lalu dengan mengaku bersalah berhubungan serangan sumbang ke atas Tania Billingsley pada 10 Mei 2014 di rumah wanita itu di pinggir bandar Wellington di Brooklyn.

Portal Sruff melaporkan Burston menyoal Rizalman sama ada kepercayaan ilmu itu menyebabkannya membuka tali pinggang dan menanggalkan seluar serta seluar dalamnya di luar pintu rumah wanita muda itu.

"Adakah ini mengenai ilmu hitam atau keperluan pergi ke tandas kerana kecemasan?"

Rizalman berkata tidak, tetapi mengakui dia percaya kepada ilmu hitam dan yakin pegawai atasannya telah mejampinya, lapor Stuff.

Burston juga menyoal sama ada Rizalman ada ke Cosmic Corner di Cuba Street pada 2 Mei dan membeli dadah sintetik.

Rizalman mengakui ada ke kawasan itu tetapi menafikan menggunakan dadah berkenaan.

Katanya, dia juga tidak ingat menyoal dua pekerja wanita di sana jika mereka mempunyai teman lelaki atau yang mahu minum bersamanya.

Credit To: Malaysiakini
Tag : Isu Semasa
Terima kasih kerana memberikan komen yang sopan dan berhemah. Pihak admin tidak bertanggungjawab di atas sebarang komen pengunjung blog ini. Setiap komen adalah pendapat dan pandangan peribadi individu yang memberikan komen.
0 Komentar untuk "Rupanya Baru Terbongkar Kenapa Atase Tentera Malaysia Ini Membuka Seluar"

Back To Top