Kebaikan Allahyarham Yus Jambu Yang Tidak Kita Ketahui

Selepas pemergian Yus Jambu buat selama-lamanya, satu persatu kebaikan Allahyarham yang tidak diketahui selama ini telah didedahkan oleh mereka yang menerimanya. Terharu sangat bila baca tentang amal jariah yang telah dilakukan oleh arwah. Sesungguhnya arwah seorang yang dermawan dan banyak membantu mereka yang diperlukan. Kerana keikhlasan Allahyarham, jenazah telah diiringi 3,000 orang ketika pengkebumian di Perlis.



Salah satu kisah dermawan Allahyarham Yus Jambu telah diceritakan oleh kerani Sekolah Al-Madrasah Ad-Diniah Al-Islamiah (Madi), Kampung Jejawi Dalam, Perlis.

Dia serahkan RM5,000 kepada saya, kemudian saya tulis resit sebagai bukti dermanya kepada sekolah kami. Dia kata tak payah resit, tapi saya tetap hulurkan kerana sudah menjadi kewajiban saya berbuat demikian. Mulanya saya tak perasan lelaki yang datang itu seorang pelakon dan pelawak sehinggalah arwah datang ke meja saya memberitahu mahu menderma. Saya terkejut bila sedar lelaki itu adalah Yus. Bila bersembang, dia langsung tak sombong dan sangat merendah diri.

Malah Allahyarham juga seringkali menderma ke tabung masjid kampung kelahirannya. Menurut Setiausaha masjid, Ali Hanapiah Mohammad, 49, berkata, sejak enam tahun memegang jawatan itu, belum pernah dia melihat Yus keluar dari masjid tanpa memasukkan duit ke dalam tabung.

Itu amalan Yus sewaktu masih hidup. Selain selalu datang berjemaah di masjid, arwah juga turut membeli dua mesin rumput untuk kegunaan masjid yang masih dalam keadaan baik sehingga kini. Kalau dalam poketnya ada RM3, duit itulah akan dibelanjakan untuk kawan-kawannya. Dia lebih rela poketnya kosong asal dapat memberi. Sifatnya itu tak pernah berubah biarpun dah jadi artis.

Bekas guru kepada Yus Jambu juga telah memaklumkan Allahyarham hadir memberi motivasi kepada 600 anak-anak yatim dan miskin di satu program di Sekolah Rendah Islam (SRI) 1 Jalan Abi Tok Hashim tanpa sebarang bayaran tahun ini.

Ketika bulan puasa, Yus sempat luangkan masa hampir sejam di sekolah kami untuk beri semangat kepada murid dan anak yatim. Dia langsung tak meminta bayaran. Dia juga nasihatkan murid supaya mendengar kata cikgu. Saya kagum dengan arwah kerana dia memberi contoh yang baik kepada orang lain melalui kepe

Sikap dan sifat dermawan Allahyarham Yus Jambu ini seharusnya menjadi contoh kepada kita semua. Rata-rata semua yang mengenali Allahyarham memuji keikhlasan, kemesraan dan kebaikan Allahyarham. Semoga segala amal kebajikan Allahyarham diterima oleh-Nya. Al-Fatihah.

Credit To: Suria FM
Tag : Artis, Santai
Terima kasih kerana memberikan komen yang sopan dan berhemah. Pihak admin tidak bertanggungjawab di atas sebarang komen pengunjung blog ini. Setiap komen adalah pendapat dan pandangan peribadi individu yang memberikan komen.
0 Komentar untuk "Kebaikan Allahyarham Yus Jambu Yang Tidak Kita Ketahui"

Back To Top