Sentuhan German untuk Harimau Malaya Bawah 23

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berpuas hati dengan proses temuduga terhadap tiga calon akhir skuad bawah 23 tahun negara, namun belum memutuskan siapa yang layak untuk galas misi penting Sukan SEA 2017.



FAM menerusi jawatankuasa khas pada Selasa menerima kehadiran dua jurulatih asing yang disenarai pendek untuk mengemudi skuad bawah 23 tahun negara.

Calon asing pertama ialah Frank Bernhardt dari Jerman berusia 46 tahun yang pernah melatih skuad kebangsaan Estonia bawah 19 tahun.

Disusuli calon asing kedua yang tampak lebih kredibil Michael Weiss juga dari Jerman merupakan bekas jurulatih Filipina dari 2011 hingga 2014.

Seorang lagi calon ialah jurulatih sementara Harimau Malaya Datuk Ong Kim Swee terlebih dahulu hadir ke sesi temuduga pada sebelah pagi.

Credit To: Stadium Astro
Tag : Santai
Terima kasih kerana memberikan komen yang sopan dan berhemah. Pihak admin tidak bertanggungjawab di atas sebarang komen pengunjung blog ini. Setiap komen adalah pendapat dan pandangan peribadi individu yang memberikan komen.
0 Komentar untuk "Sentuhan German untuk Harimau Malaya Bawah 23"

Back To Top