Kedai Perfume Original Yang Wajib Anda Singgah

Dari kiriman inbox: admin tolong siarkan cerita saya ini untuk kita uar-uarkan usahawan orang kita yang berjaya. Jarang kita dapat lihat perniagaan ini diceburi oleh orang kita. (Yang terer je baca sampai habis)




1. Saya seorang yang suka membeli perfume berjenama. Baru baru ni saya dicadangkan oleh kawan untuk ke kedai yang dinamakan "Slash Perfume" dimana ia adalah kedai Perfume milik orang kita yang sememangnya menjual perfume perfume yang ori dengan memberi harga yang lebih murah dari Pavilion dan mall mall yang terkenal bertaraf Klcc. Kedai Slash Perfume ini mempunyai 2 outlet iaitu di:
*Lot-M31, M-Floor, Ampang Point, Ampang, Selangor (berhadapan kedai Anakku Sayang)
*Lot-G05, G-Floor, Aeon AU2, Setiawangsa, KL (bersebelahan lift)

2. Saya pergi ke Ampang Point untuk meneliti satu persatu produk disitu. Saya agak terkejut kerana kebanyakkan perfume yang dijual adalah sama seperti outlet milik bangsa lain yang terdapat di Klcc/Pavilion. Antara jenama yang dijual adalah Dunhill, Giorgio Armani, Gucci, Burberry, Calvin Klein, Guess, Dkny, Hugo Boss, Prada, Chanel, Dior dan harganya jauh lebih murah dari outlet outlet bangsa lain di Klcc atau Pavilion. Kami disapa dan dilayan oleh seorang lelaki Melayu didalam kedai itu bertanyakan perfume apakah yang kami cari? Sebelum kami menjawab, saya bertanyakan "saya nak tanya... kedai ni owner Melayu ke?" Dan lelaki itu senyum dalam nada rendah diri menjawab "Ya dan ini kedai saya"

3. Saya sungguh bertuah kerana time saya nak beli saya dapat jumpa terus pemilik kedai Slash Perfume ini (dalam hati nak minta diskaun lah nanti huhu), Saya dengan excited nya terus tanya, "kenapa jenama jenama perfume kat sini saya tengok jual harga jauh lebih murah dari dekat Klcc, Pavilion? Betul ke perfume kat sini semuanya original? Huhu saya tanya je".

4. Dia menjawab "Takpe, saya tak kisah pun cik tanya.. kat Klcc/Pavilion, mereka markup dan jual dengan harga yang tinggi atas beberapa faktor seperti harga sewaan kedai mereka yg tinggi.. Dan pelanggan plak selalu terpedaya kerana salesgirl dan salesman selalu cakap hanya Klcc, Pavilion dan mall mall yang bertaraf 5 bintang je yang jual perfume original... bukan salah mereka tapi perkara ni telah lama diajar supaya pelanggan akan berulang kali beli dari mereka saja... Saya secara terus terang bagitau cik saya amik dari supplier yang sama seperti mereka pemilik kedai bangsa lain sepertindi Midvalley dan Curve... Saya dapat berhubung dengan supplier yang sama, jadi tak menjadi isu kalau kedai di Klcc dan Pavilion nak turunkan harga.. Cuma mereka tak mahu kerana telah lama monopoli pelanggan.. sebab nak kelihatan eksklusif mereka tidak akan turunkan... Lihat sesetengah jenama saya jual dengan harga yang berpatutan... seperti (sambil menunjuk jari):
*Davidoff - RM139
*Hugo Boss - RM161
*Calvin Klein One - RM152 (jika outlet Pavilion RM250)
*Dunhill Desire - RM190 (jika outlet Pavilion RM290)
*Bvlgari Aqva - RM236 (jika Pavilion RM320)
*Versace - RM257 (jika outlet Pavilion RM350)"

5. Pemilik Kedai Slash Perfume ini juga memberitahu, "walaupun saya menjual high class perfume.. saya juga turut ketengahkan middle class perfume yang boleh didapat dari harga rm100 kebawah.. Hanya beberapa perfume saja saya masih kekal hampir sama harga dengan perfume di Pavilion, Klcc.. ini sebab saya mengambil dari orang tengah dan agak sukar mereka mengenalkan saya pada supplier mereka... Tetapi majoriti produk telah saya dapat contact terus dengan supplier... Apapun jaminan saya adalah perfume saya original dan harga di kedai saya pasti murah berbanding outlet outlet di Shopping mall yang besar besar tu. Tambahan pula kedai saya absorb GST berbanding di Pavilion dan mall mall lain... Jika perfume yang saya jual ini tak original mana mungkin saya dapat meneruskan perniagaan saya selama 10 tahun... pelanggan perfume ni kebanyakkan pandai beza mana yg ori atau pun local.. jangan buat hal.. (gelak pemilik kedai) " -kata pemilik kedai.

6. Dalam hati saya, "kalau perfume tak original, mana boleh tahan selama 10 tahun. Aku yang biasa pakai ni mau mengamuk ooo... Kedai pula sanggup absorb GST.. satu strategi yang baik berbanding di mall-mall besar.. customer pun ada pilihan kalau nak perfume bawah rm100... Sememangnya kedai perfume Melayu ini adalah genuine businessman, bukan perfume local... " -bisik hati saya... Saya pun terus berjalan jalan dalam kedai dan tengok apakah hanya branded perfume sahaja dijual atau ada pilihan lain? Saya tengok kedai Slash Perfume ni gak menjual jenis jenis lain seperti kategori Body Mist, Body Lotion, Miniature Set Form(perfume kecil2 saiz besar botol capkapak), Minyak Attar(woww pada yang minat tak perlu cari ke Masjid Jamek yang sesak), Arabic perfume jenama Al halal, Al haramain (bermula RM69 saja, murah!)

7. Saya bertanyakan lagi "ada tak jual set untuk perkahwinan atau pertunangan sebagai hadiah hantaran/dulang hantaran?" Beliau menunjukkan jarinya ke bahagian bawah. Alangkah terkejutnya saya kerana pelbagai set set yang dilengkapi penuh sememangnya ada dijual untuk set perkahwinan/pertunangan mahupun hadiah harijadi. Saya sangat gembira melihat orang Melayu mampu bersaing setaraf dengan outlet bangsa lain di Pavilion, Klcc dan saya terus membeli 3 perfume dari kedai beliau. Akhirnya sedikit sebanyak saya dapat sumbangkan kepada kedai milik Melayu Islam. Dimana saya dapat membantu ekonomi orang kita dan keuntungan tersebut sudah pasti beliau membayar zakat. Yang paling penting!! Kepuasan hati saya membeli perfume original!!

Kesimpulan.......
Alamat kedai:
*Lot-M31, M-Floor, Ampang Point, Ampang, Selangor (berhadapan kedai Anakku Sayang)
*Lot-G05, G-Floor, Aeon AU2, Setiawangsa, KL (bersebelahan lift)

No Telefon kedai jika tak jumpa atau pakai waze sajalah:
Ampang Point: 0342532600
Aeon AU2 Setiawangsa: 0342563600

Jaminan Produk:
*Kualiti Perfume tetap Original tambahan absorb GST/Free GST berbanding mall mall besar yang mengenakan GST kepada pelanggan. Tak yah bayar gst woi. Syok tak syok la..

Website dan email:
www.facebook.com/slashperfumeries
Slashperfumeries@yahoo.com

Notakaki: Dah baca panjang panjang ni jom sebarkan click share, korang mungkin tak minat perfume, tapi kalau korang click share kawan korang mesti terbaca dan mungkin diorang minat. Kalau korang tak bantu sapa lagi nak bantu ekonomi orang kita? Anggap sajalah click share sebagai salah satu bantuan kecil yang termampu korang buat. Dalam masa yang sama dengan tersebar melalui click share ni kita dapat pecahkan monopoli industri perfume oleh bangsa tertentu. Sapa baca sampai habis click like satu kali!

Tag : Santai
Terima kasih kerana memberikan komen yang sopan dan berhemah. Pihak admin tidak bertanggungjawab di atas sebarang komen pengunjung blog ini. Setiap komen adalah pendapat dan pandangan peribadi individu yang memberikan komen.
2 Komentar untuk "Kedai Perfume Original Yang Wajib Anda Singgah"

Assalamualaikum.. Nak tanya boleh jadi ds tak utk kedai ni

Buka utk wholesale tak..
Berminat boleh wasp Sy
013.8746120

Back To Top