Baru Kenal 6 Hari, Mesej WeChat Dedah Rahsia Dirogol

Seorang pemuda berusia 23 tahun, ditahan polis kerana disyaki merogol pelajar Tingkatan Satu dari Malim Nawar di sini, selepas kira-kira dua minggu berkenalan menerusi aplikasi sosial.



Penganggur dari Malim Nawar itu ditahan, susulan laporan dibuat bapa mangsa berusia 13 tahun terbabit, yang mengetahui perbuatan itu menerusi mesej aplikasi WeChat pada telefon bimbit anaknya, yang mendakwa melakukan hubungan seks dengan suspek .

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon, berkata siasatan awal mendapati pelajar itu berkenalan dengan suspek melalui aplikasi WeChat sejak 8 November lalu sebelum mula bertemu dan bersiar-siar sekitar Kampar selepas enam hari berkenalan.

"Ketika pertemuan kali kedua pada 20 November lalu, suspek yang tinggal berdekatan dengan mangsa menaiki bas bersama-sama ke pekan Kampar. Sebaik tiba di Kampar, suspek mengajak mangsa melakukan hubungan seks dalam Tandas Awam Plaza Keranji di sini.

"Walaupun pada awalnya mangsa menolak, namun dia akur apabila lelaki berkenaan berjanji tidak akan berpisah dengannya. Pada 22 November lalu, suspek sekali lagi mengadakan hubungan seks dengan mangsa di tempat sama," katanya di sini semalam. Kong Soon berkata, pada Rabu lalu, bapa pelajar berkenaan terbaca mesej dalam aplikasi WeChat anaknya yang menyatakan dia sudah tiada dara dan selepas disoal, mangsa menceritakan kejadian sebenar. Katanya, berikutan itu, bapa mangsa terus membawa mangsa ke Balai Polis Malim Nawar untuk buat laporan. "Mangsa kemudiannya dibawa bapanya ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRBP) Ipoh bagi menjalani pemeriksaan perubatan oleh pakar Jabatan Obstetrik dan Ginekologi," katanya.

Sementara itu, tinjauan wartawan ke lokasi suspek dan pelajar berkenaan dipercayai melakukan hubungan seks, mendapati kawasan itu terpencil dan jarang dikunjungi orang awam kerana pintu masuk ke kawasan plaza itu kebanyakannya ditutup.

Berdasarkan maklumat peniaga sekitar kawasan itu, plaza berkenaan sememangnya menjadi tumpuan pelajar ketika pulang dari sekolah untuk bercumbuan di lorong sekitar plaza itu serta ada banyak kondom yang sudah digunakan ditemui dalam tandas, namun sudah dibersihkan peniaga berdekatan untuk menjaga kebersihan kemudahan awam.

Credit to: Berita Harian
Tag : Isu Semasa
Terima kasih kerana memberikan komen yang sopan dan berhemah. Pihak admin tidak bertanggungjawab di atas sebarang komen pengunjung blog ini. Setiap komen adalah pendapat dan pandangan peribadi individu yang memberikan komen.
0 Komentar untuk "Baru Kenal 6 Hari, Mesej WeChat Dedah Rahsia Dirogol"

Back To Top