Piala Malaysia: Kedah Berentap dengan Selangor Aksi Final

Kedah dan Selangor menempah tiket di final Piala Malaysia 2015 selepas berjaya menundukan lawan masing-masing di aksi separuh akhir kedua.

Kedah turun dilaman sendiri berdepan Felda United dengan keputusan 2-2 ketika aksi separuh akhir pertama.



Sebaik sepak mula kedua pasukan melakukan asakan ke gawang masing-masing dan menghadirkan beberapa peluang.

Namun, 30 ribu penyokong yang membanjiri Stadium Darul Aman terpaksa tunggu sehingga ke minit ke 38 untuk gol pembukaan yang hadir menerusi pemain Felda United Syamim Yahya.

Walaubagaimanapun, 5 minit selepas itu Lang Merah menyamakan kedudukan melalui rembatan Chidi Edeh selepas menerima hantaran rendah dari Badrol Bakhtiar.

Bermula babak kedua, Darul Aman bergema apabila Sandro da Silva menjaring gol kedua Kedah menerusi sepakan percuma yang terus menerjah gawang Felda United.

Tekanan dirasai Felda United mula berganda apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Indra Putra Mahayudin dibuang padang pada minit ke 62.

Indra dilayangkan kad kuning kedua selepas didapati mengasari Shafizan Hashim. Kedah mara ke final dengan agregat 4-3.

Sementara itu di Shah Alam, Selangor kekal dalam landasan untuk misi 33 mereka selepas berjaya mengatasi Pahang 2-0.

Gol The Red Giants hadir melalui jaringan Guilherme De Paula dan Nazmi Faiz Mansor.

Final Piala Malaysia 2015 bakal berlangsung pada 12 Disember ini di Stadium Shah Alam.
Tag : Santai
Terima kasih kerana memberikan komen yang sopan dan berhemah. Pihak admin tidak bertanggungjawab di atas sebarang komen pengunjung blog ini. Setiap komen adalah pendapat dan pandangan peribadi individu yang memberikan komen.
0 Komentar untuk "Piala Malaysia: Kedah Berentap dengan Selangor Aksi Final"

Back To Top