Doktor Bertungkus Lumus Rawat Bayi Berkepala Dua

Dhaka – Sekumpulan doktor tempatan di sebuah hospital di ibu kota Bangladesh dilaporkan bertungkus-lumus sedang merawat seorang bayi berkepala dua sejak Khamis, lapor agensi berita antarabangsa AFP di sini.




Menurut pegawai perubatan dan bapa bayi itu, kanak-kanak kecil tersebut dilahirkan pada Rabu dan kini dirawat kerana mengalami masalah pernafasan setelah dimasukkan ke unit rawatan rapi di hospital terbesar di Dhaka.

“Apabila saya kali pertama melihat bayi saya, saya berasa terkejut. Dia mempunyai dua kepala yang sempurna malah minum susu melalui dua mulut dan bernafas melalui dua hidung,” kata Jamal Mia, bapa bayi itu.

“Namun, saya masih lagi bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana kedua-dua bayi perempuan dan ibunya itu disahkan sebagai selamat,” tambah lelaki berkenaan lagi ketika ditemui AFP.
Tag : Global, Pelik
Terima kasih kerana memberikan komen yang sopan dan berhemah. Pihak admin tidak bertanggungjawab di atas sebarang komen pengunjung blog ini. Setiap komen adalah pendapat dan pandangan peribadi individu yang memberikan komen.
0 Komentar untuk "Doktor Bertungkus Lumus Rawat Bayi Berkepala Dua"

Back To Top