Apabila tiba masa untuk servis kereta anda, sejauh mana anda mahir atau peka yang mana patut diganti atau tidak? Sekadar perkongsian dari saya.
Tips 1: Jangan pergi hujung bulan. Pusat servis akan cuba capai target. Mungkin anda mangsa oleh pusat servis memberikan additional service yang tidak perlu.
Tips 2: Basic servis adalah tukar minyak engine dan filter sahaja.Jika anda merasakan servis yang lain-lain tidak perlu contohnya servis aircond walaupun baru 6 bulan lepas anda servis, jangan setuju.
Tips 3: Cuba berbincang dengan service advisor sebelum servis.Jangan biarkan dia terus ambil kereta anda,nanti seksa anda hendak membayarnya.
Tips 4: Pastikan lebihan minyak engine, minyak gear dan sebagainya yang masih lagi berbaki/boleh digunakan diambil. Rugi kalau ditinggalkan :-)
Begitulah sedikit nukilan saya. Semoga memberi manfaat untuk wang anda.
Tag :
Santai
0 Komentar untuk "Service Kereta"