Penyepit Makanan Tercucuk di Tekak Kanak-Kanak

BEIJING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun terpaksa menahan sakit selama beberapa jam selepas sebatang penyepit makanan tercucuk di tekaknya.

Penyepit makanan yang tercucuk di tekak

Kejadian di wilayah Hubei itu dipercayai berlaku ketika kanak-kanak itu yang berada di atas alat bantuan berjalan bermain dengan penyepit makanan sebelum terjatuh.

Kanak-kanak malang berkenaan dipercayai menggigit penyepit makanan itu menyebabkan ia tercucuk tekaknya ketika dia jatuh.

Ibu bapa mangsa yang bergegas mendapatkan anak mereka terkejut selepas mendapati mulut kanak-kanak itu berdarah dengan penyepit makanan tercucuk di tekak.

Kanak-kanak itu kemudian dikejarkan ke sebuah hospital di wilayah Hubei untuk rawatan lanjut.

Doktor pada mulanya terkejut apabila melihat kanak-kanak itu, tetapi mendapati kecederaannya tidak parah.

Selepas menjalani pembedahan selama satu jam, doktor berjaya mengeluarkan penyepit makanan berkenaan.

Doktor berkata, kanak-kanak itu bernasib baik kerana penyepit makanan tidak terkena saraf dan saluran darah penting.

Kanak-kanak tersebut berada dalam keadaan stabil dan mungkin dibenarkan pulang beberapa hari lagi.

Ini bukanlah kejadian pertama kanak-kanak terpaksa dirawat di hospital selepas tercucuk penyepit makanan di China.




Awal tahun ini seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menjalani satu pembedahan selama beberapa jam selepas sebatang penyepit makanan tercucuk hingga ke otaknya.

Kanak-kanak berusia setahun itu dilaporkan sedang makan sebelum terjatuh menyebabkan penyepit makanan tercucuk ke dalam lubang hidung hingga ke otak.

Credit to: Agensi Berita
Tag : Global
Terima kasih kerana memberikan komen yang sopan dan berhemah. Pihak admin tidak bertanggungjawab di atas sebarang komen pengunjung blog ini. Setiap komen adalah pendapat dan pandangan peribadi individu yang memberikan komen.
0 Komentar untuk "Penyepit Makanan Tercucuk di Tekak Kanak-Kanak"

Back To Top