Makan Tengahari di Tjg Malim

Sememangnya Tjg Malim merupakan destinasi yg selalu saya kunjungi bukan hanya disebabkan ianya bedekatan dengan Bkt Sentosa, tetapi Tjg Malim merupakan tempat menimba  ilmu isteri saya sebelum bergelar seorang guru.
Semestinya UPSI adalah IPTA yg banyak melahirkan para cendekiawan di Malaysia ini. Di samping itu juga, di Tjg Malim ini juga terdapat tempat makan yang sedap dan menyelerakan.
Salah satunya ialah Gerai Ikan Bakar Ocu Amy yang terletak di Jalan Kotoyong (berdekatan Stesen Komuter Tjg Malim).
Buat masa ini, Ikan Keli Bakar dan Ikan Kembung Bakar di sini Terbaik!
Tak sempat nak snap gambar ikan sebab khusyuk makan. Jika sampai ke Tjg Malim, singgahlah.
Tag : Santai
Terima kasih kerana memberikan komen yang sopan dan berhemah. Pihak admin tidak bertanggungjawab di atas sebarang komen pengunjung blog ini. Setiap komen adalah pendapat dan pandangan peribadi individu yang memberikan komen.
0 Komentar untuk "Makan Tengahari di Tjg Malim"

Back To Top