Harimau Malaya Bakal Dibubar?

Begitulah kesimpulan peminat yang kecewa dengan keaiban terbaru pasukan kebangsaan yang diperbudakkan dengan kekalahan 6-0 kepada Palestin dalam saingan pusingan kelayakan Piala Dunia/Piala Asia di Amman, semalam.

Skuad Harimau Malaya
Berbanding kekalahan terbesar 10-0 kepada Emiririah Arab Bersatu (UAE);di Abu Dhabi sebelumnya apabila peminat rata-rata meluahkan kemarahan terhadap pengurusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), kali ini sasaran mereka ialah pemain-pemain yang dihamburkan sindiran, cercaan dan kata-nista melalui Facebook.

“Palestin main bola....Malaysia main hanya pakai kasut bola...tu yang kalah....” sindir Zaimi Zol. “Malaysia memang tak layak,harap-harap faham. Tak payah nak meletak harapan tinggi,” kata Shah Jojon pula.

“Batu macam mana diasah pun tetap batu dan tidak boleh ditukar kepada permata,” cetus Nivaan Heinz Ruminegge sebagai menyindir kualiti pemain kebangsaan.

Seorang lagi peminat, Syed Al-Juffry, mengulas bahawa sikap dan sifat pemain jelas menampakkan mereka masih kurang profesional dalam menjalankan tugas, dengan menyalahkan jiwa dan hati mereka hanya bermain untuk kelab atau negeri masing-masing.

“Lihatlah dengan teliti, masih nampak jelas mereka tidak betegur dan menegur. Sikap ini yang membuat jurulatih pening dan semak,” hujahnya.

“Kalah lagi! Pemain Palestin jauh lebih baik, pemain kita gugup dan takut nak pegang bola lama sikit tak boleh… dapat saja terus tendang,” tambah Rosdi CH.

“Terjaga dari tidur tengok-tengok dah kena 6-0 … rasa nak tidur selama-lamanya,” kata Khairul Amin Mohd Noor.“Ni main bola ke main skuasy,” soal Faiz Azrein New, “Confused jap. Aggregat 12-0 bhaiiii!”

Nada sindiran berterusan dengan komen-komen yang membandingkan kemewahan pasukan Malaysia dan kesebelasan Palestin yang serba-serbi kekurangan.

“Sadaqah,” kata Mat Gembira Saha dengan sindiran paling menghiris apabila Harimau Malaya dibolosi enam gol.

“Di Shah Alam 6, di Jordan 6, Malaysia boleh satu dozen,” kata Shaarani Yusof sambil Mari Satay mencelah “Tahniah Harimau dapat anak kembar 6 lagi, teruskan usaha macam ni ...”

“Bubarkan team Harimau Malaya,” saran Din Chelsea, yang disokong Wan Mohd Sharif: “Bubar sajalah skuad bola tu, main entah apa-apa.... tak ada taktikal langsung.”

“Malaysia kalah itu perkara biasa... Palestin menang itu luar biasa,” kata Sha A Shahira, sambil ditokok oleh komen Neskefe Pagi yang berbunyi: “Angka 6 sudah sinonim dengan Malaysia.

”Ditambah komen Nazri Rasau, “Suruh semua sekali balik naik bot pulak...mmm”, dengan Mohammad Iskandar merumuskan, “Skuad bola sepak negara terus digelak.”

“Kasi tanam semuanya,” kata Roslan Ayob dan tidak ketinggalan, Fakhruddin Abdullah memberi gelaran baru buat pasukan negara: “Chicken Malaya.”

Malaya, ada satu satu komen daripada Mohd Aizad Nordin yang ditujukan kepada semua pemain: “Dollah Salleh tanya apa khabar !!!!!!”

Credit To: Astro Arena
Tag : Isu Semasa
Terima kasih kerana memberikan komen yang sopan dan berhemah. Pihak admin tidak bertanggungjawab di atas sebarang komen pengunjung blog ini. Setiap komen adalah pendapat dan pandangan peribadi individu yang memberikan komen.
0 Komentar untuk "Harimau Malaya Bakal Dibubar?"

Back To Top